Senin, 27 Februari 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Senin, 27 Februari 2012
JIKA ...
Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum, jangan membuat orang menangis.
Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, jangan menghancurkan orang lain.
Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.
...
Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.
Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.
" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."
KADANG KADANG dalam hidup ini :
Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang
yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.
Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi
orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.
Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang
yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.
Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang
miskin mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.
Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi
orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan
untuk anda.
Orang yang normal mahu anda melihat betapa
sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat
betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.
BERSYUKUR kerana
kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi
kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti
kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi
berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman
mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan serangan
dugaan yang datang dari pelbagai penjuru.
Hidup mesti diteruskan !!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar on "JIKA ..."
Posting Komentar